Siapa kata nak cantik susah?
Cantik tidak susah sebenarnya. Yang penting keinginan dan kesungguhan kita untuk berusaha tampil cantik, betul tak?
Cantik tidak susah sebenarnya. Yang penting keinginan dan kesungguhan kita untuk berusaha tampil cantik, betul tak?
Jom kita singkap satu persatu item mudah yang mampu
membuatkan kita cantik.
1.
BUAH ANGGUR
Siapa yang tidak suka buah anggur kan? Selain rasanya
yang sedap manis-manis masam, anggur memiliki kandungan antioksida, vitamin C
dan fitonutrien yang sangat bagus untuk kecantikan tau.
Caranya belah sedikit buah anggur dan gosokkan bahagian
yang dipotong pada wajah. Asid buah adalah lulur semula jadi. Tindakan ini
membantu menyerikan lagi kulit wajah kita.
2.
OREN
Oren sangat kaya dengan vitamin C dan salah satu buah
terbaik untuk mendapatkan kulit cantik. Ekstrak buah sitrus ini berkesan untuk
mencerahkan kulit, siku dan lutut. Bahkan ia turut melembutkan bahagian tersebut
yang cenderung menjadi kasar. Baunya juga enak, bukan? Cuma potong dua buah
oren dan gosokkan pada bahagian yang bermasalah.
3.
MAYONIS
Bukan hanya sedap untuk sajian tetapi mayonis juga bagus
untuk kecantikan kulit. Mungkin pernah dengarkan namun tidak berani mencuba? Usah
takut kakak-kakak gojes. Mayonis mampu melembapkan kulit secara semula jadi dan
nampak lebih awet muda. Hanya sapu mayonis di kulit wajah sebelum tidur, jimat
tu!
Moyonis juga dipercayai berkesan menguatkan rambut. Sikatkan
setengah cawan mayonis pada rambut basah. Biarkan selama 15 minit dan bilas
dengan air sejuk. Kemudian syampu seperti biasa.
4.
MINYAK KELAPA
Selain memudahkan proses membuang bulu-bulu yang tidak
diingini, khasiat minyak kelapa juga bagus untuk melembutkan kulit. Minyak
kelapa boleh dijadikan sebagai pelembap.
5.
MASKER WAJAH
Mahu jadikan khasiatnya lebih berkesan? Sapukan masker di
dalam bilik mandi. Haba daripada pemanas akan membuka pori-pori wajah. Dengan itu,
ramuannya mudah diserap ke dalam kulit wajah.
Senang je kan?