Penantian itu memang satu penyeksaan.
Bila kita dah berkahwin, mesti
terdetik kat hati nak zuriat sendirikan? Macam ain juga bernikah pada bulan
March 2015, almost setahun lebih juga baru nak lekat. Masa tu perasaan gembira
syukur sangat, setelah berusaha macam-macam untuk ikhtiar hamil. Siapa yang tak
excited bila tahu perkhabaran ni.
Namun, perasaan gembira tu tak kekal
lama. Dalam bulan Ogos 2016, ain disahkan keguguran. Allah bagi pinjam nikmat mengandung itu hanya
10 minggu.Allahu akhbar betapa beratnya nak terima dugaan pada waktu itu. Masa
ni ain memang betul2 down dan menangis giler2.
Sejak itu, bermula la TTC Journey
ain lagi! Namun kali ini, hati ain lebih redha dan tak lah terlalu mengharap
sangat nak dapatkan zuriat macam masa memula dulu. Macam selalu husband ain
cakap, “ bila tiba masanya, rezeki itu
akan datang sendiri Insyaallah. Jangan nak rush sangat sayang”.
TAPI tak bermakna, ain tak berusaha. Berusaha juga untuk ikhtiar hamil ye.
Macam-macam produk ain cuba berurut
lah, cuba produk Firmax 3 la, makan makanan sunnah dan berkhasiat, minum air
buah zuriat, dan sebagainya. Ain juga cuba produk Shaklee iaitu ESP, Alfafa Complex, Vitamin C, GLA Complex dan asid folic.
Masa ni ain bertekad nak makan supplemen secara konsisten untuk detoks badan
dan mencantikkan kulit muka yang breakout teruk gara-gara salah pakai skincare.
Memang terasa perubahan sejak amalkan supplemen Shaklee! Kulit muka makin pulih
dan glowing ok! Badan yang lemah dan
lesu makin bertenaga dan ringan. Alhamdulillah, hasil shaklee effect!
Nak dijadikan cerita tak lama
selepas tu ain pun disahkan mengandung lagi. Memang tak jangka pun.
Alhamdulillah sekarang ni pun kandungan ain dah 7 bulan. Ummi dan baby
alhamdulillah sihat. Hehe ain dijangka bersalin pada bulan September 2018 ni. Doakan
ain dipermudahkan urusan sepanjang mengandung dan bersalin ye. amin
Orang kata orang yang SABAR akan
merasai kebahagiaan jua sama ada cepat atau lambat. Yang penting sabar, tidak
berputus asa dan banyakkan berdoa.
Kepada mereka yang TTC jangan putus
asa dan sedih ye. Ain pernah merasai dan tahu perasaan tu macam mana. Yang
penting kita berusaha. Allah tahu bila masa yang sesuai untuk kita mendapatkan
zuriat. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha penyayang. Yakinlah!
No comments:
Post a Comment