Wednesday 16 August 2017

PERLU KE PENGAMBILAN VITAMIN C SETIAP HARI?

Kenapa kita perlu ambil vitamin C hari-hari? Penting sangat ke ambil vitamin C ni?


Kalau kita lihat vitamin C ni menjadi pilihan ramai. Kenapa? Vitamin C adalah vitamin asas yang penting kepada tubuh untuk pertumbuhan, perlindungan dan pembaikkan sel badan. Terkenal juga sebagai vitamin cantik. Tidak hairanlah kalau ramai artis sanggup cucuk vitamin C ni.


Vitamin C adalah vitamin larut air yang berperanan dalam mengekalkan kesihatan tisu badan serta berfungsi sebagai antioksidan. Badan kita memerlukan vitamin C setiap hari untuk melengkapkan keperluan yang diperlukan oleh tubuh.


Tubuh kita tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri dan juga tidak boleh disimpan dalam badan untuk jangka masa panjang. Jadi kita perlu mengambil vitamin C melalui pemakanan atau suplemen dalam diet harian kita. Contohnya sumber makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


Hal ini kerana pengambilan vitamin C yang cukup mampu melindungi kerosakan sistem tubuh, masalah kesihatan, penyakit kardiovaskular, masalah kulit, mata dan lain-lain lagi.


KESAN KEKURANGAN VITAMIN C

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kolagen baru tidak dapat dibentuk dan menyebabkan tisu dalam badan pecah dan terjejas. Kekurangan vitamin C yang semakin kronik pula boleh memudaratkan kesihatan dan mengakibatkan penyakit skurvi.

Antara tanda-tanda tubuh kita kekurangan vitamin C adalah:

  • Anemia
  • Kulit kering
  • Radang gusi
  • Luka lambat sembuh
  • Sakit sendi
  • Daya tahan (imun) yang lemah
  • Pendarahan dalam mata
  • Masalah pencernaan
  • depression


9      MANFAAT PENTINGNYA PENGAMBILAN VITAMIN C

  1. Menggalakkan penghasilan kolagen dalam tubuh

Umum mengetahui vitamin C banyak digunakan untuk merawat masalah yang berkaitan dengan kulit. Hari ini, kalau kita lihat kebanyakan produk-produk kecantikan menggunakan vitamin C sebagai bahan utama untuk kecantikan kulit.

Hal ini kerana vitamin C membantu penghasilan kolagen dalam tubuh secara semula jadi. Kolagen ialah protein utama dalam struktur organ manusia seperti salurah darah, tendon, ligamen, gigi, tulang, rambut dan kulit. Dengan mengekalkan tisu badan seperti kulit dan lapisan mukosa, vitamin C membantu menjadikan kulit lebih licin, tegang, cerah, kurangkan bintik-bintik hitam, jeragat dan pembentukan pigmentasi (Sinar Harian, 2017).

Satu kajian melibatkan lebih 4,000 wanita berumur antara 40-74 menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dapat mengurangkan kedutan kulit, kulit kering, membantu melambatkan penuaan secara perlahan dan melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya.

Selain itu, vitamin C juga amat penting dalam pemulihan luka, melecur, kudis yang kronik. Dari luka kecil hingga luka yang mendalam, tulang patah, vitamin C mempercepat proses penyembuhan dan membantu tisu parut pulih lebih cepat.


  1. Meningkatkan penyerapan mineral

Vitamin C juga mempunyai peranan yang cukup besar dalam membantu penyerapan zat besi dari makanan yang dimakan. Zat besi merupakan mineral yang diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Zat besi akan diserap dengan baik oleh tubuh apabila dikombinasikan bersama vitamin C


  1. Mengurangkan risiko gout

Pengambilan vitamin C boleh mengurangkan risiko gout. Gout berlaku disebabkan oleh pembentukan kristal asid urik antara sendi-sendi. Rasa gout ni sakit sangat di bahagian sendi seperti pembengkakan, pengelupasan kulit di bahagian sendi dan rasa panas di sendi. Risiko menghidap gout sangat tinggi jika bacaan asid urik melebihi 10 mg/dl. Berhati-hati lah. Atuk ain dulu pun meninggal dunia disebabkan sakit gout ini lah salah satunya.

Berdasarkan kajian Archives of Internal Medicine (2009), lelaki yang mengambil 1,500 mg atau lebih vitamin C sehari mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap gout berbanding mereka yang tidak mengambil vitamin C atau mengambil vitamin C kurang daripada itu.

Oleh itu, kesedaran awal tentang pengambilan vitamin C yang mencukupi penting agar boleh mencegah risiko untuk menghidap gout. Bukan dah kena gout baru nak makan vitamin c ye tak berkesan la macam tu. Dah terlambat! Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.


  1. Menghalang radikal bebas

Vitamin C mengandungi antioksidan yang tinggi membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas, bahan kimia dan pencemaran, asap rokok, sinaran matahari dan sebagainya.

Radikal bebas ini boleh membawa kesan kepada kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, strok, arthritis, kencing manis dan darah tinggi.

Di sinilah peranan vitamin C amat penting dalam jaringan antioksidan yang melindungi kulit dan tubuh manusia daripada kesan radikal bebas. Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain di dalam tubuh seperti vitamin E, N-asetil sistin, Glutathion, Co Enzim Q10 dan L-Karnitin.


  1. Mengurangkan simptom demam dan selsema

Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin yang berupaya mengurangkan demam, selsema, sakit badan serta mengawal alergik yang menyebabkan demam.

  1. Meningkatkan daya tahan (imun) tubuh

Kita sering merasa lemah dan mudah sakit? Itu petanda mungkin sistem imun kita sedang terganggu. Bila sistem imun lemah, daya tahan tubuh kita akan berkurang dan mudah terkena penyakit.

Vitamin C merupakan vitamin yang sering dikaitkan dengan sistem imun. Hal ini kerana vitamin C digunakan oleh sel darah putih untuk melawan jangkitan dan keradangan.

Satu analisis menunjukkan bahawa vitamin C bermanfaat kepada individu yang memiliki sistem imun yang lemah akibat tekanan. Memandangkan stress merupakan suatu yang biasa dalam masyarakat kita, pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat memberikan kesihatan yang menyeluruh kepada seseorang.


  1. Mengurangkan risiko strok

Strok biasanya dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, salur darah pecah dan stress. 

Oleh itu, pentingnya ambil vitamin C setiap hari dalam diet harian kita kerana vitamin C membantu pengaliran darah yang lebih lancar dan membantu salur darah menjadi lebih elastik.

Situasi ini kita bayangkan seperti PAIP GETAH lah. Jika paip getah elastik, pengaliran air lebih lancar dan lajukan? Tetapi jika getah paip terlalu kering tidak elastik lembik, ia menjadi rapuh dan akhirnya pecah. Sama la juga dengan saluran darah kita.

Sebab itu, kita ambil vitamin C bukan sahaja untuk kecantikan tetapi untuk menjaga kesihatan yang menyeluruh.


  1. Membantu mengurangkan kanser

Vitamin C mempunyai sifat sebagai antioksidan. Ia menunjukkan kaitan antara pengambilan vitamin C dapat mengurangkan risiko kanser seperti kanser perut, kanser paru-paru, kanser tekak, kanser pundi kencing.

Antioksidan dalam vitamin C melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas akibat daripada pendedahan yang berterusan kepada radikal bebas tersebut.


  1. Meningkatkan kesihatan fizikal

Pengambilan vitamin C secara konsisten, membantu dalam meningkatkan tenaga dan mencegah rasa keletihan yang melampau akibat stress.

Tidak hanya itu, vitamin C mampu mencegah buta akibat masalah katarak pada kanta mata serta membantu dalam menyahtoksin logam berat seperti raksa, plumbum dan sebagainya dalam tubuh.


SUMBER VITAMIN C

Kita boleh mendapatkan vitamin C daripada pelbagai sumber makanan seperti buah-buahan (oren, jambu, kiwi, mangga) dan sayur-sayuran (bayam, sawi, cili, kangkung).

Pengambilan buah-buahan dan sayuran segar yang kaya vitamin C ni harus dijadikan amalan setiap hari untuk mendapatkan manfaat kesihatan secara menyeluruh.

Namun, nak dapatkan manfaat vitamin C yang mencukupi setiap hari daripada buah-buahan dan sayuran bukanlah mudah, kadang-kadang terskip juga kan.

Sebab itu, pengambilan suplemen vitamin C digalakkan untuk mencukupkan keperluan nutrisi dalam badan kita. Tubuh kita memerlukan 500 mg vitamin C setiap hari untuk mencapai kesihatan yang baik.


MAHUKAN VITAMIN C?


Pilihlah VITAMIN C SHAKLEE!

Vitamin C Shaklee adalah vitamin semula jadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung. Vitamin C Shaklee juga dilengkapi dengan Sustained Release System dan Citrus Bioflavonoids Complex.

Kaedah Sustained Release System ini membolehkan vitamin C dilepaskan secara berperingkat dalam badan kita sebanyak 100mg setiap jam untuk satu biji.

Vitamin C Shaklee juga ditambahkan dengan 120mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C secara optimum tanpa ada pembaziran.

Keistimewaan inilah yang membezakan Vitamin C Shaklee dengan vitamin C yang lain.

Ain sendiri pengamal setia vitamin C Shaklee ni hampir 2 tahun. Alhamdulillah ain merasai sendiri kesannya daripada pengambilan vitamin C ni pada kesihatan dan kecantikan. Shaklee menjadi pilihan kerana semestinya selamat, semula jadi dan berkesan.


KESIMPULAN


Pengambilan vitamin C setiap hari adalah sangat perlu untuk mengekalkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Amalkan pemakanan sihat yang kaya dengan vitamin C atau pengambilan suplemen dalam diet harian beserta pengambilan air masak yang banyak untuk penyerapan yang berkesan.


4 comments:

  1. Terima kasih Ain atas perkongsian yang cukup mantap. Camni nak kena up intake Vit C nih :)

    ReplyDelete
  2. I was happy to read this article after searching at google , after reading I have written a piece of article about :which fruit contains the most amount of potassium per 100 g? banana apple kiwi blueberry Thank you for the article and helping me.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...