Kenapa kita perlu ambil vitamin C hari-hari? Penting sangat ke ambil vitamin C ni?
Kalau kita lihat vitamin C ni menjadi pilihan ramai. Kenapa? Vitamin C adalah vitamin asas yang penting kepada tubuh untuk pertumbuhan, perlindungan dan pembaikkan sel badan. Terkenal juga sebagai vitamin cantik. Tidak hairanlah kalau ramai artis sanggup cucuk vitamin C ni.
Kalau kita lihat vitamin C ni menjadi pilihan ramai. Kenapa? Vitamin C adalah vitamin asas yang penting kepada tubuh untuk pertumbuhan, perlindungan dan pembaikkan sel badan. Terkenal juga sebagai vitamin cantik. Tidak hairanlah kalau ramai artis sanggup cucuk vitamin C ni.
Vitamin C adalah vitamin larut air
yang berperanan dalam mengekalkan kesihatan tisu badan serta berfungsi sebagai
antioksidan. Badan kita memerlukan vitamin C setiap hari untuk melengkapkan keperluan
yang diperlukan oleh tubuh.
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri dan juga tidak boleh disimpan dalam badan untuk jangka masa panjang. Jadi kita perlu mengambil vitamin C melalui pemakanan atau suplemen dalam diet harian kita. Contohnya sumber makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Hal ini kerana pengambilan vitamin
C yang cukup mampu melindungi kerosakan sistem tubuh, masalah kesihatan,
penyakit kardiovaskular, masalah kulit, mata dan lain-lain lagi.
KESAN KEKURANGAN VITAMIN C
Kekurangan vitamin C boleh
menyebabkan kolagen baru tidak dapat dibentuk dan menyebabkan tisu dalam badan
pecah dan terjejas. Kekurangan vitamin C yang semakin kronik pula boleh
memudaratkan kesihatan dan mengakibatkan penyakit skurvi.
Antara tanda-tanda tubuh kita kekurangan
vitamin C adalah:
- Anemia
- Kulit kering
- Radang gusi
- Luka lambat sembuh
- Sakit sendi
- Daya tahan (imun) yang lemah
- Pendarahan dalam mata
- Masalah pencernaan
- depression
9
MANFAAT PENTINGNYA PENGAMBILAN VITAMIN C
- Menggalakkan penghasilan kolagen dalam tubuh
Umum mengetahui vitamin C banyak digunakan untuk merawat
masalah yang berkaitan dengan kulit. Hari ini, kalau kita lihat kebanyakan
produk-produk kecantikan menggunakan vitamin C sebagai bahan utama untuk
kecantikan kulit.
Hal ini kerana vitamin C membantu penghasilan kolagen
dalam tubuh secara semula jadi. Kolagen ialah protein utama dalam struktur
organ manusia seperti salurah darah, tendon, ligamen, gigi, tulang, rambut dan
kulit. Dengan mengekalkan tisu badan seperti kulit dan lapisan mukosa, vitamin C
membantu menjadikan kulit lebih licin, tegang, cerah, kurangkan bintik-bintik
hitam, jeragat dan pembentukan pigmentasi (Sinar
Harian, 2017).
Satu kajian melibatkan lebih 4,000 wanita berumur antara 40-74
menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dapat mengurangkan kedutan
kulit, kulit kering, membantu melambatkan penuaan secara perlahan dan melindungi
kulit dari sinaran UV berbahaya.
Selain itu, vitamin C juga amat penting dalam pemulihan
luka, melecur, kudis yang kronik. Dari luka kecil hingga luka yang mendalam,
tulang patah, vitamin C mempercepat proses penyembuhan dan membantu tisu parut
pulih lebih cepat.
- Meningkatkan penyerapan mineral
Vitamin C juga mempunyai peranan yang cukup besar dalam
membantu penyerapan zat besi dari makanan yang dimakan. Zat besi merupakan
mineral yang diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Zat besi
akan diserap dengan baik oleh tubuh apabila dikombinasikan bersama vitamin C
- Mengurangkan risiko gout
Pengambilan vitamin C boleh mengurangkan risiko gout.
Gout berlaku disebabkan oleh pembentukan kristal asid urik antara sendi-sendi.
Rasa gout ni sakit sangat di bahagian sendi seperti pembengkakan, pengelupasan
kulit di bahagian sendi dan rasa panas di sendi. Risiko menghidap gout sangat
tinggi jika bacaan asid urik melebihi 10 mg/dl. Berhati-hati lah. Atuk ain dulu
pun meninggal dunia disebabkan sakit gout ini lah salah satunya.
Berdasarkan kajian Archives
of Internal Medicine (2009), lelaki yang mengambil 1,500 mg atau lebih
vitamin C sehari mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap gout berbanding
mereka yang tidak mengambil vitamin C atau mengambil vitamin C kurang daripada
itu.
Oleh itu, kesedaran awal tentang pengambilan vitamin C
yang mencukupi penting agar boleh mencegah risiko untuk menghidap gout. Bukan
dah kena gout baru nak makan vitamin c ye tak berkesan la macam tu. Dah
terlambat! Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
- Menghalang radikal bebas
Vitamin C mengandungi antioksidan yang tinggi membantu
melindungi tubuh daripada radikal bebas, bahan kimia dan pencemaran, asap
rokok, sinaran matahari dan sebagainya.
Radikal bebas ini boleh membawa kesan kepada kesihatan
seperti kanser, penyakit jantung, strok, arthritis, kencing manis dan darah
tinggi.
Di sinilah peranan vitamin C amat penting dalam jaringan
antioksidan yang melindungi kulit dan tubuh manusia daripada kesan radikal
bebas. Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain di dalam
tubuh seperti vitamin E, N-asetil sistin, Glutathion, Co Enzim Q10 dan
L-Karnitin.
- Mengurangkan simptom demam dan selsema
Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin yang berupaya mengurangkan demam, selsema, sakit
badan serta mengawal alergik yang menyebabkan demam.
- Meningkatkan daya tahan (imun) tubuh
Kita sering merasa lemah dan mudah sakit? Itu petanda mungkin
sistem imun kita sedang terganggu. Bila sistem imun lemah, daya tahan tubuh kita
akan berkurang dan mudah terkena penyakit.
Vitamin C merupakan vitamin yang sering dikaitkan dengan
sistem imun. Hal ini kerana vitamin C digunakan oleh sel darah putih untuk
melawan jangkitan dan keradangan.
Satu analisis menunjukkan bahawa vitamin C bermanfaat
kepada individu yang memiliki sistem imun yang lemah akibat tekanan.
Memandangkan stress merupakan suatu yang biasa dalam masyarakat kita,
pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat memberikan kesihatan yang menyeluruh
kepada seseorang.
- Mengurangkan risiko strok
Strok biasanya dikaitkan dengan tekanan darah tinggi,
kolestrol tinggi, salur darah pecah dan stress.
Oleh itu, pentingnya ambil vitamin C setiap hari dalam
diet harian kita kerana vitamin C membantu pengaliran darah yang lebih lancar
dan membantu salur darah menjadi lebih elastik.
Situasi ini kita bayangkan seperti PAIP GETAH lah. Jika
paip getah elastik, pengaliran air lebih lancar dan lajukan? Tetapi jika getah
paip terlalu kering tidak elastik lembik, ia menjadi rapuh dan akhirnya pecah.
Sama la juga dengan saluran darah kita.
Sebab itu, kita ambil vitamin C bukan sahaja untuk kecantikan
tetapi untuk menjaga kesihatan yang menyeluruh.
- Membantu mengurangkan kanser
Vitamin C mempunyai sifat sebagai antioksidan. Ia
menunjukkan kaitan antara pengambilan vitamin C dapat mengurangkan risiko
kanser seperti kanser perut, kanser paru-paru, kanser tekak, kanser pundi
kencing.
Antioksidan dalam vitamin C melindungi sel-sel tubuh
daripada kerosakan radikal bebas akibat daripada pendedahan yang berterusan
kepada radikal bebas tersebut.
- Meningkatkan kesihatan fizikal
Pengambilan vitamin C secara konsisten, membantu dalam meningkatkan tenaga dan mencegah rasa keletihan yang melampau akibat stress.
Tidak hanya itu, vitamin C mampu mencegah buta akibat
masalah katarak pada kanta mata serta membantu dalam menyahtoksin logam berat seperti
raksa, plumbum dan sebagainya dalam tubuh.
SUMBER VITAMIN C
Kita boleh mendapatkan vitamin C
daripada pelbagai sumber makanan seperti buah-buahan (oren, jambu, kiwi,
mangga) dan sayur-sayuran (bayam, sawi, cili, kangkung).
Pengambilan buah-buahan dan
sayuran segar yang kaya vitamin C ni harus dijadikan amalan setiap hari untuk
mendapatkan manfaat kesihatan secara menyeluruh.
Namun, nak dapatkan manfaat
vitamin C yang mencukupi setiap hari daripada buah-buahan dan sayuran bukanlah
mudah, kadang-kadang terskip juga kan.
Sebab itu, pengambilan suplemen
vitamin C digalakkan untuk mencukupkan keperluan nutrisi dalam badan kita. Tubuh
kita memerlukan 500 mg vitamin C setiap hari untuk mencapai kesihatan yang
baik.
MAHUKAN VITAMIN C?
Pilihlah VITAMIN C SHAKLEE!
Vitamin C Shaklee adalah vitamin
semula jadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung. Vitamin C Shaklee juga dilengkapi
dengan Sustained Release System dan Citrus Bioflavonoids Complex.
Kaedah Sustained Release System ini membolehkan vitamin C dilepaskan
secara berperingkat dalam badan kita sebanyak 100mg setiap jam untuk satu biji.
Vitamin C Shaklee juga ditambahkan
dengan 120mg Citrus Bioflavanoids Complex.
Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C secara optimum tanpa ada pembaziran.
Keistimewaan inilah yang
membezakan Vitamin C Shaklee dengan vitamin C yang lain.
Ain sendiri pengamal setia vitamin
C Shaklee ni hampir 2 tahun. Alhamdulillah ain merasai sendiri kesannya
daripada pengambilan vitamin C ni pada kesihatan dan kecantikan. Shaklee
menjadi pilihan kerana semestinya selamat, semula jadi dan berkesan.
KESIMPULAN