Assalammualaikum semua!
Bila sebut sahaja minyak ikan, pasti ramai yang tahu minyak ikan sangat baik untuk kesihatan. Tambahan pula banyak jenama suplemen di pasaran yang menyediakan kebaikan minyak ikan ni. Tetapi apakah itu minyak ikan?
Bila sebut sahaja minyak ikan, pasti ramai yang tahu minyak ikan sangat baik untuk kesihatan. Tambahan pula banyak jenama suplemen di pasaran yang menyediakan kebaikan minyak ikan ni. Tetapi apakah itu minyak ikan?
APA ITU MINYAK IKAN?
Minyak ikan adalah satu asid lemak
yang berasal dari tisu ikan yang berminyak. Dalam minyak ikan ini terkandung
sebanyak 333mg Omega 3, 182mg asid
eicosapentaenoic (EPA) dan 120mg
asid docosahexaenoic (DHA). Setiap
komponen mempunyai fungsi yang berbeza untuk tubuh.
Walau bagaimanapun, badan kita
tidak dapat menghasilkan asid lemak Omega 3 ni sendiri. Justeru, kita sangat
digalakkan untuk mengambil pemakanan yang kaya dengan Omega 3 atau suplemen
minyak ikan setiap hari.
KEBAIKAN OMEGA 3
Secara umum, Omega 3 dikenali
sebagai asid lemak perlu (EPA’s) iaitu merupakan lemak sihat atau baik yang
sangat bagus untuk menyokong fungsi normal dalam badan kita.
Jom semak kebaikan pengambilan Omega 3 untuk kesihatan:
Omega 3 mengurangkan risiko penyakit jantung
Omega 3 terbukti mempunyai banyak
manfaat untuk kesihatan jantung. Kajian menunjukkan ‘masyarakat Eskimo di Greenland yang mengamalkan pemakanan atau diet
harian yang tinggi Omega 3, mempunyai kadar penyakit jantung yang sangat rendah
berbanding dengan Denmark dan Amerika’ (Am J Clin Nutr., 2008).
Ini menunjukkan bahawa asid lemak minyak ikan mempunyai kesan yang baik
terhadap penyakit jantung koronari.
Selain itu, ia juga
membantu melancarkan peredaran darah dan mengekalkan rhythm jantung. Sebab tu
tak mustahil la kulit kita boleh nampak fresh
dan kemerah-merahan kerana jantung kita berfungsi dengan sihat dan darah
mengalir dengan lancar.
Omega 3 juga
bersifat anti keradangan, selain boleh mencegah pembentukan plak
arteriosklerosis yang menyumbat saluran darah di jantung. Ia juga boleh
membantu mengawal paras kolesterol darah dan meningkatkan paras kolesterol baik
iaitu HDL dalam darah. Ini sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan
strok.
Omega 3 menyokong kesihatan otak
Asid lemak Omega 3 sangat penting
dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat. DHA yang terkandung dalam omega
adalah nutrien dan makanan utama untuk otak yang menyokong fungsi sistem saraf.
Sekiranya otak kita cukup nutrisi maka cerdas lah otak kita.
Omega 3 turut membantu memberi kesan pada mood,
meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. Berdasarkan kajian, pengambilan Omega 3
membantu mengatasi masalah berkaitan kekurangan fungsi otak seperti penyakit
alzheimer (nyanyuk).
Omega 3 meningkatkan kesihatan otak dan penglihatan bayi
semasa mengandung
Omega 3 penting untuk pertumbuhan
dan perkembangan otak bayi. DHA menyumbangkan 40 peratus daripada asid lemak
tak tepu dalam otak dan 60 peratus pada retina mata. Oleh itu, tak hairanlah
kebanyakan susu formula bayi di pasaran dilengkapi dengan DHA yang baik untuk
otak dan penglihatan bayi.
Justeru, omega
3 sangat diperlukan oleh ibu mengandung sepanjang kehamilan bermula trimister
pertama dan trimister akhir. Semasa mengandung, plasenta memindahkan nutrien
termasuk DHA daripada ibu kepada bayi. Ibu mengandung dan menyusu disyorkan mengambil sekurang-kurangnya 2.6 g asid lemak
omega 3 dan 100 – 300 mg DHA setiap hari bagi menjaga keperluan janin dan
penyusuan bayi (Indian J Pediatr., 2005).
Sebab itu penting bagi ibu
mengandung mengambil nutrisi Omega 3 yang mencukupi untuk perkembangan bayi.
- Bayi yang mendapat Omega 3 yang mencukupi semasa dalam kandungan akan mempunyai otak yang lebih pintar dan penglihatan yang lebih jelas.
- Pengambilan Omega 3 yang cukup dapat mengurangkan risiko keguguran atau kelahiran pramatang.
- Membantu menguatkan sistem imun bayi dan mengelakkan alahan seperti ekzema, asthma dan sebagainya.
Omega menghubungkan sel-sel otak
Omega 3 mengurangkan gejala kanak-kanak hiperaktif
Beberapa kajian mendapati bahawa
kanak-kanak yang hiperaktif mempunyai tahap asid lemak omega 3 yang lebih
rendah.
Selain rawatan
mengunakan ubat-ubatan doktor, makanan kaya omega 3 (ikan laut dalam) yang mengandungi
asid lemak perlu (EFA’s) boleh mengurangkan gejala hiperaktif, ke dan kurang
tumpuan pada kanak-kanak.
Menurut Dr
Zubaidi (Pemakanan untuk kanak-kanak hiperaktif),’pengambilan omega 3 setiap hari selama enam bulan dapat mengurangkan
keresahan, sikap agresif, mereka dapat melengkapkan kerja dan meningkatkan
prestasi akademik’.
Omega 3 mengurangkan masalah kemurungan dan kebimbangan
Masalah emosi yang keterlaluan
merupakan sesuatu yang serius. Kebimbangan yang dibiarkan berlarutan akan
menyebabkan kemurungan seperti kesedihan tanpa sebab, cemas, mudah marah
kelesuan, rasa rendah diri dan kehilangan minat untuk hidup.
Oleh itu,
minyak ikan omega 3 sangat membantu mencegah dan merawat masalah kemurungan dan
kebimbangan. Menurut kajian Psikologi (2015), mereka yang mengambil Omega 3 secara kerap didapati kurang mengalami
kemurungan. Ini kerana dalam Omega 3 terdapat ALA, EPA dan DHA yang
berkesan dalam memerangi kemurungan.
Omega 3 membantu mengatasi kemurungan
Omega 3 membantu mencegah kanser
Omega 3 boleh menurunkan risiko
kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon serta berupa mengurangkan saiz
tumor yang terbentuk (Dr Bruce, 2016).
Kajian
membuktikan wanita yang sering makan Omega-3 Fatty Acid dalam menu harian seperti
seperti salmon, tuna, sardin mempunyai risiko yang sangat rendah untuk mendapat
kanser payudara. Kajian juga menunjukkan bahawa pesakit kanser yang banyak
mengambil Omega 3, menurunkan risiko kanser merebak ke organ lain.
Omega 3 meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
Omega 3 dapat meningkatkan
kekuatan tulang dengan meningkatkan jumlah kalsium dalam tulang. Secara tak
langsung boleh mengurangkan osteoporosis.
Selain itu, pesakit yang mengambil
suplemen Omega 3 mendapati sakit sendi mereka berkurangan dan meningkatkan
kekuatan cengkaman. Asid lemak Omega 3
boleh diibaratkan sebagai pelincir atau cecair bagi memudahkan sendi
bergerak dengan lancar.
Omega 3 baik untuk kulit
Ramai yang tidak tahu sebenarnya Omega
3 juga memainkan peranan dalam kecantikan kulit.
Omega 3 membantu
-
mengekalkan sel kulit
yang sihat dan muda
-
melembabkan kulit
-
menjadikan tona kulit
sekata
-
mencegah penuaan
-
melindungi kulit
daripada kerosakan matahari
Maka, tidak hairan lah wanita
Jepun yang selalu makan makanan yang kaya Omega 3 seperti sushi, salmon memiliki
kulit yang cantik dan sihat. Selain itu, Omega 3 bukan setakat bagus untuk tetapi
juga kuku dan rambut. Pemakanan yang konsisten menjadikan kuku dan rambut lebih
kuat dan cantik.
Kulit cantik mulus
APA ISTIMEWA OMEGA GUARD SHAKLEE BERBANDING LAIN
- Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang berkualiti tinggi dan dihasilkan melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi tinggi.
- Tahap keselamatannya terbukti apabila Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul. Proses ini dapat memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang berkhasiat dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan ikan.
- Merupakan minyak ikan paling tulen kerana lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semula jadi. Mengikut kajian, DHA, EPA dan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee adalah paling tinggi berbanding minyak ikan jenama lain.
- Diekstrak dari ikan laut dalam dan air sejuk di perairan negara Jepun. Bukan daripada minyak ikan yang bertoksid.
- Memiliki ketumpatan yang tinggi 3 kali ganda dari ketumpatan hati minyak ikan.
Sumber:
Istimewanya bulan merdeka ni, ada
promosi hebat Omega Guard Shaklee. Setiap pembelian 5 botol Omega Guard akan
dapat diskaun VOUCHER RM60. Voucher ni boleh digunakan untuk belian seterusnya.
Wow! Jimat dan berbaloi. Jom grab promosi best ni untuk seisi keluarga.
Pilihan di tangan anda. Jom jaga
kesihatan dengan Omega Guard Shaklee! Semoga perkongsian ini memberi manfaat
kepada semua.
No comments:
Post a Comment