Baru-baru ni cuti
Kemerdekaan telah jatuh serentak dengan cuti Raya Haji sekali, ditambah pula
dengan cuti peristiwa sempena kejayaan Malaysia dalam Sukan Sea ke-29, maka bercuti
lama la kita ye.hehehe
Raya Haji tahun ni, turn kami beraya di Batu Pahat, Johor. Kami buat keputusan untuk balik ke Batu Pahat petang Rabu 30 Ogos selepas husband pulang dari kerja.
Tukang masak (kiri: adik ain iaitu wan, kanan: husband ain)
Steamboat tomyam
BBQ
Amboi teha bukan main melantak ayam.haha
Dalam dunia ni, tiada yang lebih bermakna dan menggembirakan selain bersama adik beradik dan keluarga kita. Dengan mereka lah tempat kita berkongsi suka dan duka. Walaupun adakalanya, berlaku perselisihan faham pertengkaran atau perbezaan antara adik beradik, tetapi air yang dicincang tidak akan putus. Adik beradik tetap adik beradik.
Raya Haji tahun ni, turn kami beraya di Batu Pahat, Johor. Kami buat keputusan untuk balik ke Batu Pahat petang Rabu 30 Ogos selepas husband pulang dari kerja.
Ain pun tulislah
dalam group Whatsapp keluarga yang ain akan balik pada Rabu petang dan bercadang
untuk membuat BBQ & Steamboat bila balik nanti. Adik beradik yang lain menjawab
ok sahaja.
Sebelum gerak
balik, ain dan husband pun singgah lah sebentar ke pasar raya dan cari apa yang
sesuai untuk dibuat steamboat bersama keluarga. Kali ni, lima-lima beradik balik.
Tambah tolak ada lah dalam 10 orang termasuk baby Inara yang bam bam hihihi. Geram
dengan keletah baby Inara, lebih-lebih lagi sekarang dah pandai senyum bila di
agah.
Cuti 31 Ogos,
siangnya sambil-sambil membantu mak memasak untuk raya, kami pun siapkan semua
bahan apa yang patut untuk buat BBQ. Untuk raya, mak dan ayah masak ayam masak
merah, rendang daging, kuah lodeh dan ketupat. Air tangan mak dan ayah memang
tip top sedappp.
Siap sahaja
masak, kami perap pula kepak dan peha ayam, perap ikan serta sediakan kuah
tomyam untuk steamboat. Sambil tunggu tomyam masak, kami siapkan fishball,
meatball, sosej, dan sebagainya untuk diletakkan dalam bekas.
Selepas solat
Isyak, husband siapkan tempat pemanggang di depan rumah. Lelaki semua ambil
tugas bab-bab memanggang ikan, ayam, otak-otak. Hihihi manakala yang perempuan
pula bersteamboat. Adik-adik ain, adik ipar, ayah, mak mengulang-ulang ambil
dan bertambah-tambah makan. Makan panas-panas pula tu, fuhh meletup.
Ayah selaku ketua chef.hehe
Tukang masak (kiri: adik ain iaitu wan, kanan: husband ain)
Steamboat tomyam
BBQ
Mak dengan cucunya Inara bam bam.hihi
Amboi teha bukan main melantak ayam.haha
Seronok rasanya
dapat memberi kegembiraan kepada keluarga dan melihat mereka berkumpul makan
sama-sama.
Borak anak beranak
Power girls in the house!
Selain itu, dah
alang-alang balik kampung, mesti tak sah kalau tak baking kek. Hihihi kali ni ain dan adik ain, Fatihah sama-sama buat
kek marble. Mula-mula buat sebuku kek je, habis sampai tak cukup. Esok nya buat
lagi sebuku. Kalau kat rumah mak ni, buat apa je mesti laku licin. Mereka semua
kuat makan dan hantu kek.hahaha
Kek marble (sebelum masuk oven)
Selepas keluar oven
Dalam dunia ni, tiada yang lebih bermakna dan menggembirakan selain bersama adik beradik dan keluarga kita. Dengan mereka lah tempat kita berkongsi suka dan duka. Walaupun adakalanya, berlaku perselisihan faham pertengkaran atau perbezaan antara adik beradik, tetapi air yang dicincang tidak akan putus. Adik beradik tetap adik beradik.
I LOVE MY FAMILY!
No comments:
Post a Comment