Tiba-tiba terkenang pengalaman keguguran my first pregnancy.
‘Mengikut apa yang saya scan, kantung awak ni kosong. Dengupan jantung baby tak ada…’ kata doktor.
‘Mengikut apa yang saya scan, kantung awak ni kosong. Dengupan jantung baby tak ada…’ kata doktor.
Berderau darah
bila mendengarnya. Bagaikan tak percaya.
Ingat lagi,
pada hujung Ramadan 2016, ain disahkan pregnant setelah berkahwin hampir
setahun lebih. Tak sangka pun. Masa tu dalam seminggu terakhir berpuasa, ain
sebenarnya demam dan mengalami dehidrasi yang teruk. Melepek je baring nak
bangun pun tak terdaya.
Hubby pun bawalah
ain ke hospital. Cek-cek rupanya ain pregnant. Mengikut perkiraan doktor, usia
kandungan waktu itu dalam 5 minggu. Perasaan ketika itu tak tahu la tak boleh
nak diungkapkan. Tapi alhamdulillah la.
Sejak pregnant,
dari pagi hingga ke petang asyik pening dan mual je. Muntah-muntah tak sangat.
Makan pun kurang berselera. Kalau tak, ain ni jenis kuat makan lagi-lagi kalau
mak yang masak, bertambah-tambah. Hehe Nak berjalan-jalan pun malas.
Nak pergi kerja
setiap hari pun rasa malasnya. Dah lah kena drive sendiri pergi dan balik kerja
yang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Memang stress rasanya waktu tu.
Padahal sebelum ni ok je pergi balik kerja drive sendiri. Pembawakan budak
agaknya waktu tu.
Masuk 8 minggu
lebih macam tu, ain pergi kerja macam biasa. Waktu tu dah nak balik kerja,
pergi toilet dan nak solat. Terperasan ada keluar sedikit lendir warna merah.
Masa tu dah berdebar-debar, nak nangis pun ada. Macam-macam dalam fikiran ni.
Terus call hubby ajak pergi klinik. Keluar lendir darah tu sekali je waktu tu,
lepas tu tak ada keluar lagi.
Petang itu
terus pergi Klinik Wahidah bagitahu pregnant dan ada keluar lendir darah
sedikit. Doktor pun cek dan scan. Bila scan, doktor bagitahu kantung ada, tapi
tak ada heart beat, kosong. Berjurai air mata masa tu.
Doktor yang
cakap tu soft spoken dan cuba menenangkan ain. Doktor suruh ain refer kat
hospital dan berkata dengan peralatan hospital yang lebih canggih kemungkinan
boleh nampak dengan jelas. Doktor juga beritahu bleeding ni kemungkinan nak keguguran tapi dia suruh refer kat hospital dulu.
Malam tu kami
terus bertolak balik ke kampung di Batu Pahat Johor sambil dalam hati menangis,
sedih, bercelaru. Berdoa dan berharap moga kandungan selamat.
Esok paginya
kami rujuk kat Hospital Batu Pahat, klinik O&G. Cek sana sini, jumpa doktor
pakar dan scan sekali lagi. Doktor bagitahu dengan jelas bahawa kantung ada
tapi kosong. Dia cakap mungkin masih early pregnancy sebab tu tak nampak.
Doktor suruh datang scan semula dua minggu lagi.
Dalam tempoh
dua minggu tu, doktor bagi masa untuk keguguran
berlaku secara semula jadi. Kalau tak ada juga terpaksa cuci. Mendengar
perkataan “kena cuci” je ain dah seram. Yelah macam-macam yang ain bayangkan.
Hubby pun cakap
takpelah, kita balik Melaka dulu, berdoa semoga semuanya baik-baik.
Seminggu di
Melaka, kerja seperti biasa, tak ada tanda-tanda sakit. Bleeding pun tak ada
keluar lagi sejak hari tu. Ke sana ke mari macam tiada apa yang berlaku. Tapi
sebenarnya dalam hati sentiasa berharap dan berdoa, biarlah “dia” keluar dengan
sendirinya. Tak perlu lah kena cuci, takut seram.
Hari Sabtu
petang, Mak Long buat aqiqah cucunya. Balik dari rumah Mak Long di Tangkak kami
terus balik Batu Pahat rumah mak. Dalam perjalanan, perut rasa tak sedap je
rasa macam senggugut. Sampai rumah mak, terus rasa nak buat air halia. Biasanya
bila time period nak senggugut, ain akan minum air halia.
Dipendekkan
cerita, lepas minum segelas air halia, ain pun tengoklah TV. Waktu ni perut dah
rasa sakit sangat, sengal-sengal. Diri, duduk, baring semua rasa tak selesa,
sakit.
Tiba-tiba tekak
rasa gatal sangat dan terbatuk-batuk sekali ‘bush’ rasa terkeluar seketul macam
daging gumpalan darah. Ain bergegas berlari ke bilik air dan lihat banyaknya
darah. Jerit-jerit panggil mak dan hubby. Tunjuk mak, mak cakap ni mungkin
janin tu dah keluar. Kemudian hubby bungkus janin tersebut untuk dibawa ke
hospital esok pagi. Lepas keluar je, terus hilang rasa sakit perut yang
sangat-sangat tadi.
Ahad pagi kami
terus ke O&G Hospital Batu Pahat. Doktor repeat scan dari bawah dan atas.
Dalam hati ni sentiasa berdoa dan berharap janin dah keluar habis la dan
bersih. Alhamdulillah mengikut perkabaran doktor clear, tak perlu kena cuci.
Lega hati bila dengar. Janin tu doktor ambil untuk diuji kaji. Doktor pun bagi
MC selama seminggu.
Bermula lah
episod pantang memantang. Walaupun sedih dan terkilan, ain redha dengan
ketentuan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Ain yakin dengan
rahmat Allah, InsyaAllah Allah akan
mengurniakan kami zuriat yang ramai bila tiba masanya. Amin
Walaupun kami
belom ada rezeki ‘memilikinya’ tapi kami bersyukur kerana ada rezeki lain untuk
tetap rasa bahagia bersama. Alhamdulillah ya Allah.
Thanks for reading! (n_n)
No comments:
Post a Comment