Kenapa protein penting?
Protein merupakan bahan asas pembinaan sel tubuh. Pengambilan protein dalam diet harian kita sangat penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikian tisu dalam badan kita. Hampir 25 peratus daripada badan kita diperbuat daripada protein. Semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya.
Berikut adalah 7 KEPENTINGAN
PROTEIN dalam diet harian kita.
1. Membina
sel-sel baru dan memperbaiki sel-sel yang rosak.
Protein penting untuk membaikpulih tisu dan membina tisu
baru. Sel kita biasanya akan rosak disebabkan oleh pertambahan usia, radikal
bebas, stress dan sebagainya. TANPA
PROTEIN, sel-sel badan yang mati tidak dapat digantikan. Badan akan menjadi
letih dan lesu.
Setiap sel dan
jaringan tubuh terdiri daripada protein terutamanya bahagian otot, di mana 20
peratus nya terdiri daripada protein. Sebab
itu, protein penting untuk menguatkan otot-otot agar tidak menggelebeh apabila
lemak-lemak degil dibakar.
3. Membantu kulit yang lebih sihat, cantik dan berseri.
Protein penting kerana kulit kita adalah protein. Kulit
kita anjal disebabkan kehadiran kolagen. Kolagen pula diperbuat daripada
protein berserat.
Jika protein yang diambil rendah/ kurang boleh
menjejaskan pelbagai hormon dan pengawal lain dalam badan yang menyebabkan
kulit kita berminyak, jerawat, jeragat, mengelupas dan sebagainya. Sebab itu
protein penting untuk dapatkan sel yang sihat untuk buat kulit kita nampak awet
muda.
Wanita yang INGIN
HAMIL mahupun SEDANG HAMIL disarankan
mengambil makanan yang kaya dengan protein. Keperluan PROTEIN sangat penting pada ibu hamil kerana
- Membantu pertumbuhan janin
- Membantu pembinaan sel bagi ibu dan bayi
- Membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan otak janin
- Protein membekalkan asid amino yang membentuk otot dan organ bayi
- Membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus pada trimester ke-3
IBU
MENYUSU memerlukan
lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusu. Ibu menyusu memerlukan 71g
protein sehari untuk penghasilan susu yang banyak bagi mengoptimumkan
pertumbuhan dan perkembangan bayi disamping untuk mengekalkan tenaga dan kenyang
lebih lama.
Protein boleh meningkatkan kadar metabolisme badan dan MEMBANTU MEMBAKAR LEBIH BANYAK KALORI dengan
cepat. Hal ini kerana badan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menguraikan
protein yang kompleks kepada komponen yang lebih ringkas.
Walau bagaimanapun, penurunan berat badan disebabkan
kekurangan protein bukanlah sesuatu yang baik. Badan akan menjadi lembik, otot
lemah dan kelesuan.
6. Memberi tenaga segera.
Protein bukanlah sumber tenaga yang signifikan kepada
tubuh. Tetapi protein adalah tenaga yang tersimpan seperti karbohidrat dan
lemak. Jika jumlah karbohidrat dan lemak dalam tubuh yang dihadam tidak mencukupi, PROTEIN akan digunakan SEBAGAI TENAGA dalam tubuh.
Protein adalah sumber asid amino. Asid amino hampir sama
dengan glukos. Apabila asid amino diproses nitrogen disingkirkan dan menjadi
asid lemak yang digunakan untuk menghasilkan tenaga.
Protein menguatkan struktur kulit dan menyokong penghasilan antibodi serta
mengurangkan peluang bakteria atau radikal bebas masuk ke dalam badan.
Protein merupakan nutrisi yang penting dalam keperluan
harian kita. Oleh itu, kita perlu mendapatkan sumber protein yang cukup setiap
hari dari sumber yang terbaik. Pengambilan protein yang mencukupi adalah sumber
kunci kesihatan yang optimum.
No comments:
Post a Comment